Home Icon


Labels

Tuesday 10 March 2015

PENYAKIT AYAM - SAMPAR AYAM
Penyakit sampar ayam disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai Paramyxoviridae. Ianya sangat mudah merebak dan menyebabkan kematian ayam besar-besaran.
Virus ini biasanya akan merosakkan organ dalaman unggas dan menyebabkan kegagalan bernafas dan pendarahan.Ramai penternak yang menggulung tikar disebabkan oleh penyakit ini.

Sekalipun, ia dikelaskan sebagai penyakit yang membunuh, tetapi ia tidak berbahaya kepada manusia. ``Jika terkena kepada manusia sekalipun, ia hanya menyebabkan kesan yang sangat ringan seperti radang pada lapisan lembut depan mata (konjunktiva) atau rengsa pada anak tekak (laringitis).

Antara tanda-tanda ayam terkena penyakit ini adalah seperti berikut:

 Ayam kelihatan monyok, bulu meremang, kepak jatuh dan berak cair kehijauan

Kepala teleng akibat gangguan saraf  .Kematian yang tinggi dalam masa yang singkat dan melibatkan semua peringkat umur.

Langkah-langkah yang perlu diambil:
1) Vaksin Vaksin ND + IB
2) Antibiotik
3) Cap Kaki 3 
4) Dan lain2 kaedah lagi... Jangan lupa reban dan keliling dipastikan bersih. Cahaya matahari perlu masuk kedalam reban juga.

Mungkin anda ada lagi cara yang lebih berkesan boleh comment dibawah, sama-sama kita ikhtiar mencari jalan penyelesaian. Admin kurang arif mengenai ini kerana admin hanya tukang taip sahaja.. :) 


Mengenali Sisik-sisik Ayam


Tuah Ayam nampak dikaki?? 
Pada pengemar ayam pasti lebih arif mengenai sisik-sisik ayam. Kebanyakan masih lagi melihat pada sisik ayam untuk menentukan tahap "baik" ayam itu.


**Sumber gambar adalah dari En.Google**





































Ciri-ciri fizikal ayam sabung yang baik -- Sumber Internet

Antara ciri-cirinya :
  1. Tulang wajah tidak kasar lebih baik
  2. Tulang sambungan kepala dan leher tidak menonjol
  3. Ruas tulang leher rapat
  4. Celah sambungan leher dan bahu rapat/sayap merapat ke badan 
  5. Tulang sayap bagian dalam makin tebal lebih baik 
  6. Tulang pinggul bulat atau tidak menonjol 
  7. Tulang dada labar dan tebal tapi tidak terlalu menonjol 
  8. Tulang supit/tulang dibawah pangkal ekor makin rapat makin baik 
  9. Jarak ujung tulang dada dengan tulang supit makin dekat semakin baik 
  10. Kepala seperti buah pinang 
  11. Patuk atau paruh berukuran sedang tetapi tebal 
  12. Badan panjang 
  13. Dada bidang/lebar 
  14. Sayap rapat dan panjang 
  15. Pangkal ekor berukuran sedang 
  16. Pangkal paha bulat dan pipih 
  17. Kaki bulat boleh juga persegi,sisik tersusun rapi dan kering 
  18. Jari kaki panjang dan halu